About Us Contact Us
 

ABOUT US - THE SCHOOL AND HISTORY

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban mula ditubuhkan secara rasminya pada Februari 2002. Majlis perasmian nama sekolah yang baharu telah disempurnakan kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir pada 8 Mac 2011. Sekolah ini menggunakan tapak dan bangunan yang ditinggalkan oleh Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban yang mendapat premis baru di Sungai Gadut. Kerja-kerja menaikkan taraf sekolah yang ditinggalkan dan tidak digunakan selama 3 bulan telah dijalankan dan melibatkan kos keseluruhan hampir RM600, 000.00. Kerja-kerja ini bermula pada 28 Februari dan siap sepenuhnya pada 30 Mac 2002.

Pada tahun 2007, kerajaan telah memberi peruntukan untuk membina sebuah makmal komputer dan dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2008. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), SASER bertuah sekali lagi kerana kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM 5 juta untuk pembinaan blok tambahan iaitu Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains, Surau, Kantin dan Bangunan Kokurikulum. Projek yang bermula pada penghujung tahun 2008 telah diserahkan sepenuhnya pada pihak sekolah pada bulan Jun 2010. Sehingga kini telah banyak perubahan fizikal dan kemudahan prasarana lain yang telah disediakan untuk kemudahan serta keselesaan para pelajar sekolah ini.

   
 
  Home     Careers     Sitemap     Privcy Polocy     Terms and Conditions  
 
  Copyright © 2012 PERSATUAN BEKAS. An ISO 9001 2000 certified company.