Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban mula ditubuhkan secara rasminya pada Februari 2002. Majlis perasmian nama sekolah yang baharu telah disempurnakan kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir pada 8 Mac 2011. Sekolah ini menggunakan tapak dan bangunan yang ditinggalkan oleh Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang mendapat premis baharu di Sungai Gadut. Kerja-kerja menaik taraf sekolah yang ditinggalkan dan tidak digunakan selama hampir 3 bulan telah dijalankan dan melibatkan kos keseluruhan hampir RM 600,000.00. Kerja-kerja ini bermula pada 28 Februari dan siap sepenuhnya pada 30 Mac 2002.
Pada tahun 2007, kerajaan telah memberi peruntukan untuk membina sebuah makmal komputer dan dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2008. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 ( RMK-9 ), SASER bertuah sekali lagi kerana kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM 5 juta untuk pembinaan blok tambahan iaitu pusat sumber sekolah, makmal sains, surau, kantin dan bangunan kokurikulum. Projek yang bermula pada penghujung tahun 2008 telah diserahkan sepenuhnya pada pihak sekolah pada bulan Jun 2010.
Di penghujung tahun 2014, pihak sekolah dengan kerjasama SARANA telah berjaya melaksanakan projek pemasangan jubin untuk semua bilik kelas. Terkini pada tahun 2015,pelbagai perubahan fizikal dan prasarana lain terus dilaksanakan untuk penambahbaikan kemudahan pelajar di sekolah ini.Di antara projek-projek terkini ialah projek menaik taraf bilik air dan tandas, pendawaian semula blok-blok kediaman serta memasang penghawa dingin di surau.
Chanel ini bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan saser. Untuk pertanyaan lanjut hubungi kami di nombor 067630388 atau layari fb https://www.facebook.com/sms.tuankumunawir